Sunday 10 November 2013

Masalah Pendengaran

Assalamualaikum..

Pada masa kini, pada pendapat saya masih ramai lagi yang tidak mengetahui tentang apa itu pendidikan khas bermasalah pendengaran, ciri-ciri mereka, apakah punca-punca yang membawa kepada masalah kecacatan / masalah pendengaran ini. Di dalam entry saya ni, akan diterangkan tentang apa itu masalah pendengaran, ciri-ciri orang yang mengalami masalah pendengaran dan juga apakah punca atau penyebab kepada masalah ini.

Sebelum itu, mari kita ketahui apa itu masalah pendengaran yang ingin dibincangkan di dalam entry ini.


Masalah Pendengaran


Didefinisikan sebagai masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi – masalah Mendengar atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.  Ianya lebih mudah lagi difahami adalah berlakunya kehilangan pendengaran atau menjadi Pekak.

Terdapat beberapa jenis Masalah Pendengaran iaitu:-

1 Hilang pendengaran jenis konduktif

Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana tersumbat atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

2 Hilang Pendengaran jenis sensori neural

Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walaubagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran. 

3 Hilang pendengaran jenis campuran

Kombinasi dari hilang pendengaran jenis konduktif dan sensorineural

.
Punca- punca berlakunya kehilangan pendengaran/pekak

Antara punca-punca adalah:- 

1)  Jangkitan telinga kronik
2)  Faktor keturunan
3)  Kecacatan kongenital
4)  Demam kuning yang teruk semasa bayi
5)  Penggunaan dadah ototoksik
6)  Kecederaaan pada bahagian kepala
7)  Jangkitan virus/bakteria
8)  Pendedahan kepada bunyi yang terlalu kuat dalam tempoh yang lama
9)  Tekanan udara yang tinggi pada bahagian lubang telinga
10) Peningkatan Umur
11) Ketumbuhan pada bahagian dalam Telinga


Tanda-tanda

Antara tanda-tanda kehilangan pendengaran adalah:- 

- Meminta penutur mengulangi apa yang diperkatakan
-Tidak menoleh kepada sumber bunyi yang diberikan 
- menunjukkan tanda keliru / tidak memahami apa yang dipertuturkan 
- Membuka tv dengan terlalu kuat


Tindakan yang perlu diambil

-Berjumpa dengan Pakar/ atau Doktor untuk pemeriksaan lanjut


Diharapkan dengan sedikit penerangan dari saya ini, kita dapat memahami tentang apa itu masalah pendengaran dan punca terjadinya masalah ini..



No comments:

Post a Comment