Wednesday 26 September 2012

Serba Sedikit Sejarah Kedah Tua (kataha)



                         Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga lebih dikenali dengan nama Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.
 Menurut Catatan sejarah menyatakan bahwa kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5 masihi. Pada peringkat awal penubuhan kerajaan ini, Sungai Mas dijadikan sebagai pelabuhan utama tetapi kemudiannya dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.
Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.



Gambaran istana Kerajaan Kedah Tua




           Gambar Pintu Gerbang Kerajaan Kedah Tua.

           Ciri-Ciri Kerajaan Kedah Tua
        Kedah Tua


        Kedudukan yang Strategik 
Kerajaan Kedah Tua terletak di Lembah Bujang. Kawasan ini merupakan tempat yang strategik di mana ia merupakan pintu keluar dari atau masuk ke Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan yang penting pada masa itu. Kedudukannya ini membolehkan Kedah Tua menjadi sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan bagi kapal yang melalui Selat Melaka yang penting. Kerajaan ini berpusat di Kampung Sungai Emas dari abad ke-5 hingga abad ke-10 M dan pada abad ke-10 hingga ke-14M, kerajaan ini berpusat di Pangkalan Bujang.

Mengikut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang dikarang oleh Muhammad Hassan Bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, raja merupakan ketua kerajaan. Baginda dibantu oleh segolongan pembesar. Pembesar ini pula dibahagikan mengikut pangkat masing-masing iaitu Menteri Berempat, Menteri Delapan dan Menteri Enam Belas. Raja Kedah telah menerima pengaruh daripada India terutamanya dari segi kebudayaan dan pentadbiran.
Ekonomi yang Kukuh
Kedah terkenal sebagai pusat perdagangan. Hasil utamanya ialah bijih timah dan padi. Ia merupakan pelabuhan antarabangsa bagi kapal-kapal dagang dari India, Asia Barat dan China. Peranannya ini berlangsung sehingga abad ke-18. Selain itu, ia juga merupakan pelabuhan persinggahan bagi pedagang-pedagang Arab, China dan India. Kedah mempunyai sistem mata wang dan sukat yang sendiri. Sistem ini telah memudahkan lagi kegiatan perdagangan yang dijalankan. Sistem sukat yang mula digunakan termasuk kapal, kal, cupak, gantang, bahara, kunca dan naleh. Wang yang digunakan oleh Kedah dipanggil Tra (wang timah) dan wang lembu (wang emas). Wang timahnya berbentuk ayam jantan dan diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa manakala wang emasnya berbentuk lembu yang melambangkan pengaruh Hindu.
 Agama
Sebelum kedatangan Islam, penduduk Kedah beragama Hindu dan Buddha. Bukti Kerajaan Kedah Tua ini menganut agama Hindu adalah dengan jumpaan arkeologi berbentuk kuil Hindu. Ia dipercayai dibina dalam kurun ke-9 M dan dipersembahkan kepada bijih Dewa, iaitu Raja Kedah. Apabila agama Islam berjaya bertapak di Tanah Arab, ia mula disebar ke merata dunia. Kini Kedah telah diislamkan oleh Sheikh Abdullah. Raja Kedah yang bernama Pra’Ong Mahawangsa (mengikut Hikayat Merong Mahawangsa) telah memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Prasarana
Kerajaan Kedah Tua mempunyai kuil-kuil yang dibina untuk menyembah dewa-dewi agama Hindu. Selain itu, pelabuhan dan pasar juga disediakan untuk pedagang-pedagang dari Arab, China dan India.
 Penduduk
Di Kedah, penduduknya terdiri daripada Melayu, China dan India tetapi yang majoriti ialah kaum Melayu. Kaum China dan India ini pula merupakan pedagang-pedagang.

Di Kedah, selalunya berlaku perebutan kuasa antara putera sulung dan putera bongsu selepas kemangkatan Sultan Kedah yang tua. Sebagai contoh, pada tahun 1724, perebutan kuasa yang sedemikian telah berlaku. Putera sulung telah mendapat bantuan Bugis manakala putera bongsu dibantu oleh Raja Kecil dan orang Minangkabau. Peperangan ini berlangsung selama 2 tahun dan ia telah memusnahkan perdagangan Kedah.



No comments:

Post a Comment