Sunday, 1 December 2013

FieldWork DInamika Persekitaran Global

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada hari sabtu yang lepas, saya dan rakan-rakan kursus Dinamika Persekitaran Global telah menjalankan satu kerja lapangan. yang diadakan di sekitar Gombak ke Bukit Frazer. Semasa kerja lapangan ini dijalankan, kami telah diberikan beberapa stesen kajian untuk dijalankan cerapan. Tetapi macam biasa la. Kerja lapangan ni kerja buat sikit ja, enjoy ja lebih.. hahaha














Gambar-Gambar sekitar perjalanan kami.. :)


Thursday, 28 November 2013

Bahagian Telinga Dalam

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pada entry yang lalu, saya telah kongsikan tentang beberapa bahagian telinga contohnya seperti Bahagian Telinga Luar dan juga Bahagian Telinga Tengah. Pada entry kali ini, saya akan menerangkan berkenaan dengan Bahagian Telinga Dalam pula.





Bahagian-bahagian Telinga
Bahagian Telinga Dalam (Inner ear)
Perincian bahagian Telinga Dalam


Bahagian Telinga Dalam ini terdiri daripada labirin vertetulang, sebuah rangkaian rongga pada tulang pelipis yang dilapisi oleh periosteum yang berisi cairan perilymph (cecair yang lebih pekat dari air) dan dinding bermembran yang terletak di bahagian yang lebih dalam dan memiliki cairan endolymph. Di depan labirin terdapat koklea.

Koklea adalah berbentuk seperti siput. Ianya berfungsi sebagai penghantar getaran bunyi terus ke saraf pendengaran.

Bahagian atas skala media dihadkan oleh membran vestibular atau membran Reissner dan pada sebelah bawahnya dihadkan oleh membran Basilar. Di atas membran Basilar terdapat satu organ yang dinamakan sebagai organ of corti yang berfungsi sebagai mengubah getaran suara menjadi impuls.

Organ of Corti ini terdiri daripada sel rambut dan sel penyokong. Di atas sel rerambut terdapat membran Tektorial yang terdiri dari gelatin yang lentur, sedangkan sel rerambut akan dihubungkan dengan bahagian otak dengan saraf vestibulokoklea.





Wednesday, 27 November 2013

Bahagian Telinga Tengah

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera..


Pada entry yang lepas, saya ada menerangkan berkenaan dengan bahagian telinga luar, namun pada kali ini saya akan menerangkan pula berkenaan dengan bahagian telinga tengah iaitu sambungan daripada bahagian-bahagian telinga.


Bahagian Telinga Tengah
Gambarajah Tulang osikel






 Bahagian telinga tengah ini terdiri daripada 3 bahagian tulang osikel pendengaran iaitu Tukul, Andas dan Rakap. Lihat pada rajah di bawah


Tulang- tulang osikel ini dihubungkan secara mekanikal di antara gegendang telinga dan juga bahagian telinga dalam. Bahagian ini membantu kita dalam memproses kekuatan bunyi itu kepada 10,000 kali ganda lebih kuat. Fungsi tulang- tulang osikel ini juga adalah bagi melindungi bahagian telinga dalam dari bunyi yang terlalu kuat. 


Getaran suara yang diterima oleh gegendang telinga akan disampaikan ke tulang pendengaran. setiap tulang pendengaran akan menyampaikan getaran ke tulang berikutnya. Tulang Rakap akan meneruskan getaran yang telah diterima ke koklea.




sampai di sini sajalah perkongsian saya pada entry kali ini. jika ada sebarang pertanyaa. anda bolehlah komen diruangan komen saya. tq.. bye


Monday, 25 November 2013

Bahagian Telinga Luar

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...


Pada entry kali ini. saya akan menerangkan berkenaan dengan bahagian telinga luar. Bahagian telinga luar ini terdiri daripada lubang telinga, saluran luar telinga, gegendang telinga, dan juga bahagian luar telinga yang kita nampak pada telinga kita ini.



Baiklah, saya akan menerangkan fungsi keseluruhan bahagian luar telinga ini.


contoh bahagian-bahagian telinga

Telinga luar
Telinga luar terdiri daripada Cuping telinga (pinna), Gegendang telinga ( Membrana timpani), dan saluran telinga luar (meatus auditorius eksternus)  .


 Cuping telinga (pinna):-
Bahagian cuping telinga berfungsi untuk membantu mengarahkan bunyi ke dalam lubang telinga dan akhirnya menuju ke gegendang telinga. Bentuk yang begitu rumit pada telinga luar berfungsi untuk menangkap bunyi dan bahagian terpenting adalah lubang telinga. Saluran ini merupakan hasil susunan tulang dan rawan yang dilapisi kulit tipis.


 Saluran telinga luar (Meatus auditorius eksternus):-
Salur luar berbentuk "S" menghubung ke gegendang. Di dalam saluran terdapat banyak kelenjar yang menghasilkan zat seperti cairan lilin / serumen ras pahit berwarna coklat atau tahi telinga. Salur luar telinga ini ditumbuhi rerambut halus sebagai penapis dari kotoran dan juga benda halus yang lain.


Gegendang Telinga (Membrana timpani):- 

 Gegendang telinga merupakan pemisah diantara bahagian Telinga luar dan juga bahagian telinga tengah. Gegendang telinga ini berfungsi sebagai penerima getaran yang disalurkan melalui saluran telinga dan mememberi tindakbalas kepada sistem pendengaran (apa yang kita dapat dengar). ia bersifat anjal, halus, lembut dan sangat sensitif.

Sunday, 10 November 2013

Masalah Pendengaran

Assalamualaikum..

Pada masa kini, pada pendapat saya masih ramai lagi yang tidak mengetahui tentang apa itu pendidikan khas bermasalah pendengaran, ciri-ciri mereka, apakah punca-punca yang membawa kepada masalah kecacatan / masalah pendengaran ini. Di dalam entry saya ni, akan diterangkan tentang apa itu masalah pendengaran, ciri-ciri orang yang mengalami masalah pendengaran dan juga apakah punca atau penyebab kepada masalah ini.

Sebelum itu, mari kita ketahui apa itu masalah pendengaran yang ingin dibincangkan di dalam entry ini.


Masalah Pendengaran


Didefinisikan sebagai masalah-masalah yang menjejaskan komunikasi – masalah Mendengar atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.  Ianya lebih mudah lagi difahami adalah berlakunya kehilangan pendengaran atau menjadi Pekak.

Terdapat beberapa jenis Masalah Pendengaran iaitu:-

1 Hilang pendengaran jenis konduktif

Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam secara efisien kerana tersumbat atau kerosakan pada laluan ini. Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas. Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh dipulihkan secara perubatan atau pembedahan.

2 Hilang Pendengaran jenis sensori neural

Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan saraf pendengaran ke otak. Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan masalah memahami pertuturan. Masalah pendengaran ini selalunya kekal. Walaubagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu pendengaran. 

3 Hilang pendengaran jenis campuran

Kombinasi dari hilang pendengaran jenis konduktif dan sensorineural

.
Punca- punca berlakunya kehilangan pendengaran/pekak

Antara punca-punca adalah:- 

1)  Jangkitan telinga kronik
2)  Faktor keturunan
3)  Kecacatan kongenital
4)  Demam kuning yang teruk semasa bayi
5)  Penggunaan dadah ototoksik
6)  Kecederaaan pada bahagian kepala
7)  Jangkitan virus/bakteria
8)  Pendedahan kepada bunyi yang terlalu kuat dalam tempoh yang lama
9)  Tekanan udara yang tinggi pada bahagian lubang telinga
10) Peningkatan Umur
11) Ketumbuhan pada bahagian dalam Telinga


Tanda-tanda

Antara tanda-tanda kehilangan pendengaran adalah:- 

- Meminta penutur mengulangi apa yang diperkatakan
-Tidak menoleh kepada sumber bunyi yang diberikan 
- menunjukkan tanda keliru / tidak memahami apa yang dipertuturkan 
- Membuka tv dengan terlalu kuat


Tindakan yang perlu diambil

-Berjumpa dengan Pakar/ atau Doktor untuk pemeriksaan lanjut


Diharapkan dengan sedikit penerangan dari saya ini, kita dapat memahami tentang apa itu masalah pendengaran dan punca terjadinya masalah ini..



Wednesday, 26 September 2012

Serba Sedikit Sejarah Kedah Tua (kataha)



                         Kerajaan Kedah Tua

Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga lebih dikenali dengan nama Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut catatan I Ching dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha.
 Menurut Catatan sejarah menyatakan bahwa kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5 masihi. Pada peringkat awal penubuhan kerajaan ini, Sungai Mas dijadikan sebagai pelabuhan utama tetapi kemudiannya dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak di Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat penukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.
Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.



Gambaran istana Kerajaan Kedah Tua




           Gambar Pintu Gerbang Kerajaan Kedah Tua.

           Ciri-Ciri Kerajaan Kedah Tua
        Kedah Tua


        Kedudukan yang Strategik 
Kerajaan Kedah Tua terletak di Lembah Bujang. Kawasan ini merupakan tempat yang strategik di mana ia merupakan pintu keluar dari atau masuk ke Selat Melaka yang merupakan laluan perdagangan yang penting pada masa itu. Kedudukannya ini membolehkan Kedah Tua menjadi sebuah pusat perdagangan dan pelabuhan persinggahan bagi kapal yang melalui Selat Melaka yang penting. Kerajaan ini berpusat di Kampung Sungai Emas dari abad ke-5 hingga abad ke-10 M dan pada abad ke-10 hingga ke-14M, kerajaan ini berpusat di Pangkalan Bujang.

Mengikut al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang dikarang oleh Muhammad Hassan Bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, raja merupakan ketua kerajaan. Baginda dibantu oleh segolongan pembesar. Pembesar ini pula dibahagikan mengikut pangkat masing-masing iaitu Menteri Berempat, Menteri Delapan dan Menteri Enam Belas. Raja Kedah telah menerima pengaruh daripada India terutamanya dari segi kebudayaan dan pentadbiran.
Ekonomi yang Kukuh
Kedah terkenal sebagai pusat perdagangan. Hasil utamanya ialah bijih timah dan padi. Ia merupakan pelabuhan antarabangsa bagi kapal-kapal dagang dari India, Asia Barat dan China. Peranannya ini berlangsung sehingga abad ke-18. Selain itu, ia juga merupakan pelabuhan persinggahan bagi pedagang-pedagang Arab, China dan India. Kedah mempunyai sistem mata wang dan sukat yang sendiri. Sistem ini telah memudahkan lagi kegiatan perdagangan yang dijalankan. Sistem sukat yang mula digunakan termasuk kapal, kal, cupak, gantang, bahara, kunca dan naleh. Wang yang digunakan oleh Kedah dipanggil Tra (wang timah) dan wang lembu (wang emas). Wang timahnya berbentuk ayam jantan dan diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Jiwa manakala wang emasnya berbentuk lembu yang melambangkan pengaruh Hindu.
 Agama
Sebelum kedatangan Islam, penduduk Kedah beragama Hindu dan Buddha. Bukti Kerajaan Kedah Tua ini menganut agama Hindu adalah dengan jumpaan arkeologi berbentuk kuil Hindu. Ia dipercayai dibina dalam kurun ke-9 M dan dipersembahkan kepada bijih Dewa, iaitu Raja Kedah. Apabila agama Islam berjaya bertapak di Tanah Arab, ia mula disebar ke merata dunia. Kini Kedah telah diislamkan oleh Sheikh Abdullah. Raja Kedah yang bernama Pra’Ong Mahawangsa (mengikut Hikayat Merong Mahawangsa) telah memeluk agama Islam dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Prasarana
Kerajaan Kedah Tua mempunyai kuil-kuil yang dibina untuk menyembah dewa-dewi agama Hindu. Selain itu, pelabuhan dan pasar juga disediakan untuk pedagang-pedagang dari Arab, China dan India.
 Penduduk
Di Kedah, penduduknya terdiri daripada Melayu, China dan India tetapi yang majoriti ialah kaum Melayu. Kaum China dan India ini pula merupakan pedagang-pedagang.

Di Kedah, selalunya berlaku perebutan kuasa antara putera sulung dan putera bongsu selepas kemangkatan Sultan Kedah yang tua. Sebagai contoh, pada tahun 1724, perebutan kuasa yang sedemikian telah berlaku. Putera sulung telah mendapat bantuan Bugis manakala putera bongsu dibantu oleh Raja Kecil dan orang Minangkabau. Peperangan ini berlangsung selama 2 tahun dan ia telah memusnahkan perdagangan Kedah.